Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit RON97 pada RM3.20 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.95 seliter bagi tempoh 30 Oktober 2025 hingga 5 November 2025.
Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Oktober 2025 hingga 5 November 2025 telah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
29 Oktober 2025
↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Produk-Petroleum-Bagi-Tempoh-30-Okt-2025-hingga-5-Nov-2025