Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.33 seliter.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 April 2025 hingga 9 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
2 April 2025