Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Diesel Sebanyak 5 Sen Kepada RM3.30 Seliter Bagi Tempoh 8 Ogos 2024 Hingga 14 Ogos 2024

  Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Diesel Sebanyak 5 Sen Kepada RM3.30 Seliter Bagi Tempoh 8 Ogos 2024 Hingga 14 Ogos 2024

Seperti sedia maklum, Kerajaan pada 10 Jun 2024, telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI. Serentak dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan harga runcit diesel RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter sebelum ini.

Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024.

Penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  3. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.30 seliter; dan
  4. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
7 Ogos 2024

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility