Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Petrol Ron97 Sebanyak 15 Sen Kepada RM3.25 Seliter Dan Harga Runcit Diesel Sebanyak 15 Sen Kepada RM3.01 Seliter Bagi Tempoh 12 Hingga 18 September 2024

 Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Petrol Ron97 Sebanyak 15 Sen Kepada RM3.25 Seliter Dan Harga Runcit Diesel Sebanyak 15 Sen Kepada RM3.01 Seliter Bagi Tempoh 12 Hingga 18 September 2024

Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.01 seliter bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024.

Sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, Kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen. Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 15 sen kepada paras RM3.25 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  3. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 15 sen kepada paras RM3.01 seliter; dan
  4. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
11 September 2024

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility