Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 4 sen kepada RM3.14 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 4 sen kepada RM2.89 seliter bagi tempoh 23 Oktober 2025 hingga 29 Oktober 2025.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Oktober 2025 hingga 29 Oktober 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
22 Oktober 2025
↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Produk-Petroleum-Bagi-Tempoh-23-Okt-2025-hingga-29-Okt-2025