Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Ron97 Dan Diesel Sebanyak 5 Sen Seliter Bagi Tempoh 10 April 2025 Hingga 16 April 2025

Kerajaan Mengurangkan Harga Runcit Ron97 Dan Diesel Sebanyak 5 Sen Seliter Bagi Tempoh 10 April 2025 Hingga 16 April 2025

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.28 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.98 seliter bagi tempoh 10 April 2025 hingga 16 April 2025.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 10 April 2025 hingga 16 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.28 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  3. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM2.98 seliter; dan
  4. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
9 April 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility