Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 21 November 2020 sehingga 27 November 2020

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 21 November 2020 sehingga 27 November 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 21 November 2020 sehingga 27 November 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.92 seliter kepada RM1.94 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.62 seliter kepada RM1.64 seliter; dan.
  3. Harga runcit diesel naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.81 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 


 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 November 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility