Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 3 Julai

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 3 Julai

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility