Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Institusi Kewangan Pembangunan Perlu Memainkan Peranan Di Dalam Usaha Pemulihan Ekonomi Negara

Institusi Kewangan Pembangunan Perlu Memainkan Peranan Di Dalam Usaha Pemulihan Ekonomi Negara

Dalam merangka strategi pemulihan ekonomi negara, Kementerian Kewangan (MOF) berpandangan bahawa institusi kewangan pembangunan (Development Financial Institution - DFI) memainkan peranan yang strategik dan penting dalam usaha negara untuk memulih dan memelihara kapasiti perniagaan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan menyokong kehidupan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu dan sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia, saya ingin menyarankan agar DFI memberi sokongan penuh kepada negara di dalam tempoh pemulihan ini, terutama sekali kerana objektif DFI adalah untuk membantu membangunkan sosio-ekonomi rakyat. Sokongan segera – contohnya dari segi pembiayaan – perlu diberi bagi menghindari impak ekonomi jangka panjang terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana di dalam sektor-sektor strategik termasuk sektor pelancongan, peruncitan, pertanian, infrastruktur, maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif. Oleh itu, DFI disarankan untuk merangka penyelesaian yang praktikal seperti penggunaan kriteria pembiayaan yang kurang membebankan untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin. Cadangan penyelesaian ini juga akan dipertimbangkan di dalam merangka Bajet 2022.


YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
6 September 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility