Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Isu Harga Minyak

Isu Harga Minyak

Pengiraan impak penurunan harga minyak telah difaktorkan dalam pengiraan defisit lebih dari 4% ke atas KDNK. Ini mencerminkan anggaran defisit sepanjang tahun yang berdasarkan kepada jangkaan harga minyak yang tertentu.

Jika harga minyak merosot hingga ke paras lebih rendah daripada anggaran purata tahunan, Kerajaan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan bagi mengimbangi kejatuhan pendapatan. Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan harga minyak.

Kementerian memahami perhatian umum terhadap harga minyak, memandangkan ia dipengaruhi faktor-faktor geopolitik global. Namun, adalah penting untuk memahami bagaimana Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai.

Memandang ke hadapan, Kementerian Kewangan akan meneliti langkah-langkah untuk menyusun semula struktur ekonomi bagi meningkatkan kepelbagaian ekonomi, selain daripada melaksanakan dasar fiskal dan kewangan yang lebih baik untuk membangunkan daya tahan ekonomi negara. 


YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan Putrajaya
21 April 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility