Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Isu Ranhill Utilities Berhad (Ranhill)

Isu Ranhill Utilities Berhad (Ranhill)

Merujuk kepada makluman yang dikeluarkan oleh pihak Ranhill Utilities Berhad (Ranhill) kepada Bursa Malaysia Berhad pada 2 Disember 2020, Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) menafikan bahawa pihak Kementerian telah mengeluarkan surat tawaran atau jemputan kepada pihak Ranhill untuk melaksanakan due diligence ke atas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) sebagaimana pernyataan oleh pihak Ranhill.

Dimaklumkan juga, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), Prokhas Sdn. Bhd. (Prokhas) juga tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan kepada mana-mana pihak bagi melaksanakan due dilligence ke atas IWK sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ranhill tersebut.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
3 Disember 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility