Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kebakaran Bilik Sampah Di Kementerian Kewangan

Kebakaran Bilik Sampah Di Kementerian Kewangan
  1. Kementerian Kewangan ingin mengesahkan satu kejadian kebakaran kecil telah berlaku pada 6 Disember 2022 (Selasa), jam 2:26 petang di Bilik Sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

  1. Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan. Tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.

  2. Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian insiden kebakaran tersebut.

 

Sekian, terima kasih.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Disember 2022

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility