Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kedudukan Hasil Cukai Pelancongan Dan Hutang Kerajaan Negeri Sarawak

Kedudukan Hasil Cukai Pelancongan Dan  Hutang Kerajaan Negeri Sarawak

Pada 7 Januari 2019, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan kenyataan bahawa hutang kepada Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2018 berjumlah RM2.38 Bilion dan semua pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan telah dibayar balik mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang tunggakan hutang. Kerajaan Negeri Sarawak telah melakukan serangan terhadap Kerajaan Persekutuan dan mempertikaikan mengapa Negeri Sarawak tidak menerima Hasil Cukai Pelancongan 2018 seperti mana yang dibayar kepada Negeri Sabah.

Ingin ditekankan bahawa kenyataan media Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2019 menggunakan jumlah seperti pada 30 November 2018, iaitu baki hutang adalah lebih daripada RM2.5 Bilion dan tunggakan bayaran balik hutang hampir RM50 Juta. Berasaskan rekod Kerajaan Persekutuan, pada 31 Disember 2018, baki hutang Kerajaan Negeri Sarawak adalah berjumlah RM2.43 Bilion dan masih ada tunggakan bayaran balik hutang sebanyak RM46.5 Juta.

Kerajaan Negeri Sabah sendiri telah keluarkan kenyataan menafikan kenyataan Kerajaan Negeri Sarawak bahawa Sabah telah menerima Hasil Cukai Pelancongan. Jelas sekali Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat dakwaan palsu dan berniat fitnah terhadap Kerajaan Persekutuan.

Hasil Cukai Pelancongan yang telah pun dikutip sejak September 2017 tetapi tidak dibayar oleh Kerajaan terdahulu akan dibayar oleh Kerajaan baharu pada suku pertama tahun 2019. Kerajaan Negeri Sarawak diminta berhubung dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat maklumat dah fakta yang benar dan berasas demi mewujudkan kerjasama yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan seperti yang dijanjikan, dan bukan sebaliknya.

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
9 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility