Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kementerian Kewangan Malaysia anjur Hari Bertemu Pelanggan LHDNM

Kementerian Kewangan Malaysia anjur Hari Bertemu Pelanggan LHDNM

Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dalam konteks percukaian berjalan lebih lancar dan efisien, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada hari Rabu setiap minggu bermula pada 8 Januari 2020. Program tersebut yang melibatkan MOF dan agensi percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), akan berlangsung di Kaunter Setempat Tingkat 1, Blok 8A, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pegawai kanan MOF dan LHDNM akan bekerjasama dalam program ini bagi melangkaui formaliti, sebagai inisiatif bersama untuk memudahkan urusan pembayar cukai dan orang ramai berkaitan dengan isu cukai langsung. Semua pembayar cukai yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan dengan LHDNM diminta menghadiri Hari Bertemu Pelanggan pada setiap hari Rabu mulai 8 Januari 2020.

Justeru menerusi program ini, MOF dan LHDNM akan berkongsi maklumat, kepakaran dan sumber manusia dalam teras percukaian agar segala urusan dan aduan pembayar cukai dapat diselesaikan dengan segera.

Kerajaan menyedari akan kepentingan pembayar cukai sebagai ejen kepada pembangunan negara menerusi hasil kutipan cukai, justeru program sinergi ini dianjur sebagai platform tambahan untuk mendekatkan para pelanggan terutamanya pembayar cukai kepada MOF dan LHDNM di samping dapat memperkenalkan produk-produk perkhidmatan terbaharu MOF dan LHDNM.

Sehubungan itu, orang ramai termasuk pembayar cukai, ejen cukai, badan-badan profesional, para akauntan dan orang awam adalah dialu-alukan untuk hadir ke program ini bermula pada 8 Januari 2020. Semoga inisiatif ini akan dapat membantu orang ramai menyelesaikan isu cukai mereka dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang celik cukai.

Sayangi Malaysiaku! 🇲🇾


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
13 Disember 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility