Pada hari ini, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan (MOF) telah menghadiri Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Perolehan Vaksin COVID-19.
YB Menteri Kewangan telah menjelaskan peranan MOF dalam menyediakan tatacara perolehan dan peruntukan bagi memudahcara dan menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai objektif imunisasi lengkap bagi penduduk Malaysia menjelang bulan Oktober 2021. Antara langkah-langkah yang diambil oleh MOF termasuk:
MOF juga memberi komitmen untuk terus memainkan peranannya menjayakan usaha PICK demi mencapai vaksinasi penuh penduduk dewasa dan selanjutnya membolehkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial berfasa selaras dengan Pelan Pemulihan Negara.
Kementeri Kewangan
Putrajaya
28 Julai 2021