Kementerian Kewangan menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara, dan pada masa yang sama memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk lanskap ekonomi Malaysia.
Pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi Kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).
Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
12 Jun 2023