Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kementerian Kewangan Menyegerakan Peruntukan Tambahan 12 Pengimbas Suhu

Kementerian Kewangan Menyegerakan Peruntukan Tambahan 12 Pengimbas Suhu

Kementerian Kewangan akan menyegerakan secara serta-merta peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Sri Dr Dzulkefly Ahmad. Pengimbas-pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai simptom menghidapi virus 2019-nCoV (Novel Coronavirus) dapat diperkukuhkan lagi di kawasan-kawasan masuk negara.

Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal, saya telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, untuk memberikan kerjasama penuh supayaperuntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin.

Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa.

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
28 Januari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility