Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Akan Memperuntukkan RM40 Juta Untuk Tahun 2019 Apabila Penubuhan Tabung Amanah Yang Dikendalikan oleh Tunku Abdul Rahman Alumni Association (TAA) Diluluskan

Kerajaan Akan Memperuntukkan RM40 Juta Untuk Tahun 2019 Apabila Penubuhan Tabung Amanah Yang Dikendalikan oleh Tunku Abdul Rahman Alumni Association (TAA) Diluluskan

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa RM40 juta akan diperuntukkanuntuk tahun 2019 kepada tabung amanah yang dikendalikan Tunku Abdul Rahman Association (TAA) apabila tabung amanah tersebut diluluskan, yang dijangka akan berlaku pada akhir bulan ini. Kerajaan sebelum ini telah menjanjikan peruntukan sekurang-kurangnya RM30 juta setiap tahun untuk tabung amanah yang dicadangkan bermula 2019, untuk manfaat Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) dan para pelajar institusi tersebut. Untuk tahun ini, sebanyak RM40 juta akan diperuntukkan.

Selain TAA, pemegang amanah yang dicadangkan akan mempunyai seorang wakil dalam kalangan pelajar KUTAR dan Kementerian Kewangan, masing-masing. TAA terdiri daripada bekas pelajar KUTAR yang merupakan golongan profesional dan usahawan perniagaan yang berjaya. TAA berpegang bahawa KUTAR harus dijalankan sebagai institusi pendidikan secara profesional, secara bebas dan terpisah daripada parti politik dan ahli politik.

Peruntukan RM40 juta ini akan menjawab secara muktamad pembohongan-pembohongan yang dilontarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab bahawa peruntukan tersebut tidak sah daripada segi undang-undang. Namun, mereka tidakmenjelaskan bagaimana memperuntukkan RM40 juta untuk manfaat pelajar KUTAR tidak sah daripada segi undang-undang, tetapi puluhan bilion ringgit yang dicuri daripada 1MDB pula tidak melanggar undang-undang. Antara penerima dana 1MDB termasuklah parti politik Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, SUPP, GERAKAN dan MIC, dan juga koperasi kawalan MCA, KOJADI, yang menyebabkan akaun bank mereka dibekukan.

Peruntukan RM40 juta ini akan diserahkan sebaik sahaja tabung amanah ini ditubuhkan. TAA harus diberikan peluang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan membuktikan cara mereka dapat memenuhi bidang tugas mereka untuk menggunakan dana bagi manfaat KUTAR dan kebajikan para pelajar mereka.


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

4 Disember 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility