Pilih bahasa anda
Krisis tenaga global yang berlarutan, susulan konflik di Asia Barat, terus memberi tekanan kepada kos bahan api dan rantaian bekalan di seluruh dunia. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan kepada pengguna diesel bagi meringankan beban rakyat serta memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan lancar.
Penambahbaikan ini dibuat mengambil kira tekanan berterusan dalam pasaran tenaga global, khususnya gangguan bekalan petroleum di peringkat antarabangsa yang menyebabkan harga diesel bertapis meningkat ketara sehingga AS$250 setong – hampir tiga kali ganda berbanding sebelum konflik Asia Barat.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menegaskan bahawa Kerajaan memahami kesan langsung kenaikan kos ini kepada rakyat dan telah mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan secara bersasar, khususnya kepada pesawah, petani, pekebun kecil serta pemilik kenderaan diesel individu yang layak.
“Keutamaan Kerajaan MADANI adalah jelas: memastikan keterjaminan bekalan barangan asas untuk rakyat, ekoran kenaikan harga minyak mendadak dan gangguan
rantaian bekalan dunia. Langkah yang diumumkan hari ini melibatkan perbelanjaan tambahan, antaranya untuk membantu pengeluar makanan, demi kelangsungan bekalan makanan untuk rakyat,” tambah beliau.
Sehubungan itu, Kerajaan MADANI telah bersetuju melaksanakan langkah-langkahberikut:
Kementerian Kewangan (MoF) dijangka menanggung subsidi sekitar RM7 bilion untuk April 2026, termasuk dana tambahan RM75 juta untuk ketiga-tiga ikhtiar bantuan diesel.
Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memudahcara pembelian diesel bagi kegunaan selain kenderaan. Syarat keperluan permit khas bagi pembelian melebihi 20 liter akan dilonggarkan. Pemilik mesin atau jentera pertanian dibenarkan membeli diesel melebihi had tersebut dengan mengemukakan pendaftaran jentera. Kerajaan akan memperincikan garis panduan pelaksanaan dalam tempoh terdekat.
Kerajaan MADANI, melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), akan terus memantau perkembangan terkini di Asia Barat serta impaknya kepada Malaysia, dan sedia mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk membantu golongan rakyat yang terkesan serta menstabilkan ekonomi.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
14 April 2026
↓ Muat Turun: Siaran-Media-Kerajaan-Madani-Tambah-Baik-Bantuan-Diesel