Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Kerajaan Tetap Komited Mendapatkan Semula Aset 1MDB

Kerajaan Tetap Komited Mendapatkan Semula Aset 1MDB

Mendapatkan semula aset 1MDB secara berkesan tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan Malaysia. Dalam usaha menzahirkan objektif tersebut, Kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi. Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, Kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk Goldman Sachs Group Inc.

Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc. telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan. Kerajaan berharap perbincangan ini akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

Yang lebih penting adalah komitmen penuh Kerajaan untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia. Kerajaan berusaha mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi Rakyat Malaysia.

 


 

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Putrajaya
20 Julai 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility