Kementerian Kewangan (MoF) merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa Kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari. MoF ingin menjelaskan bahawa Kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.
Walaupun Kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi. Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
23 September 2025