Dalam Belanjawan 2019, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya mulai 1 Januari 2019 seperti berikut:
| TEMPOH PEGANGAN | INDIVIDU WARGANEGARA MALAYSIA DAN PEMASTAUTIN TETAP | INDIVIDU BUKAN WARGANEGARA DAN BUKAN PEMASTAUTIN TETAP | SYARIKAT |
| Dalam Tempoh 3 tahun selepas tarikh pemerolehan | 30% | 30% | 30% |
| Dalam tahun ke-4 selepas tarikh pemerolehan | 20% | 30% | 20% |
| Dalam tahun ke-5 selepas tarikh pemerolehan | 15% | 30% | 15% |
| Dalam tahun ke-6 selepas tarikh pemerolehan dan seterusnya | 5% | 10% | 10% |
Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan hendak memastikan rakyat tidak terbeban dengan CKHT yang dikenakan. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan layanan CKHT seperti berikut:
Pengecualian perkhidmatan cukai untuk perkhidmatan profesional
Kerajaan juga akan mengecualikan pengenaan cukai perkhidmatan untuk orang berdaftar Cukai Perkhidmatan dalam Kumpulan G (Kumpulan Profesional) yang memberikan perkhidmatan yang sama kepada orang berdaftar bermula 1 Januari 2019. Pengecualian yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 bertujuan mengelak peningkatan kos akibat percukaian berganda dan mengekalkan daya saing industri perkhidmatan tempatan.
Contoh situasi yang menerima pengecualian cukai perkhidmatan seperti berikut: seorang peguam bela dan peguam cara memberikan perkhidmatan perundangan kepada peguam bela dan peguam cara yang lain akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.
Kerajaan juga memberi layanan yang sama kepada perkhidmatan bercukai dalam negeri dan yang diimport. Sehubungan dengan itu, pengecualian ini juga dipanjangkan kepada perkhidmatan bercukai yang diimport oleh mana-mana syarikat di Malaysia daripada syarikat luar negara yang merupakan syarikat dalam kumpulan yang sama tetapi terhad kepada perkhidmatan tertentu dalam Kumpulan G. Pengecualian ini akan diberi melalui kuasa Menteri Kewangan.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 Disember 2018