Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, meskipun terdapat dakwaan-dakwaan menyatakan sebaliknya.
Rajah di bawah jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.
Pada masa yang sama lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara tahun 2010 hingga 2017. Malah, kebanyakan penjualan tanah milik Kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.
Para pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh Kerajaan Pakatan Harapan menjual tanah dan aset Kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta, dan akui bahawa ini merupakan satu amalan lazim Kerajaan yang mereka anggotai dahulu.
Rajah: Penjualan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dari tahun 2010 sehingga September 2019.
| Bil. | Lot Tanah | Keluasan | Kaedah Pelupusan | Tahun | Harga Jualan (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | PT132, Seksyen 69, Kuala Lumpur |
12,470 m2 / 3.0814 ekar |
Rundingan Terus | 2010 | 58,609,000.00 |
| 2 | Jalan Cochrane, Kuala Lumpur [ Plot A1, Plot A2, Plot A3, Plot A4 dan Plot B1] |
173,573.72 m2/ 42.891 ekar |
Rundingan Terus | 2011 | 532,981,647.00 |
| 3 | Plot B3, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur |
26,688 m2/ 6.5947 |
Rundingan Terus | 2011 | 32,145,886.00 |
| 4 | GRN 49282 Lot 11972, Mukim Ampang, Kuala Lumpur |
55,441.933 m2/ 13.7 ekar |
Tender Terhad | 2011 | 334,789,092.00 |
| 5 | Lot 104 Seksyen 88, Kuala Lumpur |
24,540 m2/ 6.06 ekar |
Rundingan Terus | 2011 | 93,710,628.00 |
| 6 | Lot 11979, Mukim Ampang, Kuala Lumpur |
27,550 m2/ 6.8077 ekar |
Rundingan Terus | 2011 | 103,672,800.00 |
| 7 | Lot 301, GRN 17113 Sek 63, Kuala Lumpur |
27,539 m2/ 6.805 ekar |
Rundingan Terus | 2011 | 162,800,000.00 |
| 8 | HSD 201415 PT 1007, Seksyen 7, Bandar Shah Alam, Selangor |
28,481 m2/ 7.0378 ekar |
Rundingan Terus | 2012 | 40,000,000.00 |
| 9 | GRN 85981 Lot 14622, Bandar Baru Bangi, Selangor (INSPEN 1) |
80,335 m2/ 19.8512 ekar |
Rundingan Terus | 2013 | 225,000,000.00 |
| 10 | HSD 119602, PT 26 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur |
80,988 m2/ 20.0125 ekar |
Rundingan Terus | 2013 | 1,000,000,000.00 |
| 11 | Lot 1220 & Lot 1222, Seksyen 69, Bandar Kuala Lumpur |
49,980 m2/ 12.3503 ekar |
Rundingan Terus | 2013 | 283,073,185.00 |
| 12 | Lot 44, Bandar Kuala Lumpur dan Memorial Tun Hussein Onn (tidak termasuk RM50 juta kos pampasan). |
16,755.2 m2/ 4.1403 ekar |
Rundingan Terus | 2014 | 250,000,000.00 |
| 13 | GRN 34100 Lot 311 dan GRN 34198 Lot 102 Seksyen 63, Kuala Lumpur |
5,048.275 m2/ 1.2474 ekar |
Rundingan Terus | 2015 | 140,000,000.00 |
| 14 | GRN 78883 Lot 481123, Jalan Lembah Ledang, Kuala Lumpur |
77,450 m2/ 19.138 ekar |
Tender Terbuka | 2016 | 646,000,000.00 |
| 15 | PT 457, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur |
18,453.66 m2/ 4.56 ekar |
Rundingan Terus | 2016 | 192,336,060.00 |
| 16 | GRN 49800 Lot 342, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur |
13,992 m2/ 3.46 ekar |
Rundingan Terus | 2017 | 325,500,000.00 |
| JUMLAH | 4,420,618,298.00 |
Harus ditekankan juga bahawa urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, dan bertujuan mengimbangkan kembali portfolio Kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
9 Oktober 2019