Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) seluruh negara dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10.00 malam. MOF telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanakan waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 22 Januari 2019, waktu operasi UTC seluruh negara adalah ditetapkan seperti berikut:
| UTC | Waktu Operasi* | |
| (Hari Bekerja) | (Hari Bekerja) | |
| Shah Alam, Selangor Keramat, Kuala Lumpur Seremban, Negeri Sembilan |
Isnin – Khamis Rehat 7.00 petang – 8.00 malam |
Sabtu – Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Jumaat 2.45 petang – 10.00 malam |
||
| Alor Setar, Kedah Johor Bahru, Johor Kota Bharu, Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu |
Ahad – Khamis Rehat |
Jumaat – Sabtu 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Kota Kinabalu, Sabah Keningau, Sabah WP Labuan Tawau, Sabah |
Isnin – Ahad Solat Jumaat |
|
| Kuching, Sarawak Miri, Sarawak Sibu, Sarawak |
Isnin – Ahad Solat Jumaat |
|
| Kangar, Perlis Sungai Petani, Kedah Ipoh, Perak Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentul, Kuala Lumpur Bandaraya Melaka, Melaka Pasir Gudang, Johor Kuantan, Pahang |
Isnin – Ahad Solat Jumaat |
|
Pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan. Namun begitu, UTC tetap beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan. Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
12 Januari 2019