Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Mampukah Kerajaan Negeri Pahang Menjalankan Pembangunan Mampan?

Mampukah Kerajaan Negeri Pahang Menjalankan Pembangunan Mampan?

Setiap tahun, dengan megahnya YAB Menteri Besar Pahang akan menekankan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah membentangkan belanjawan lebihan (surplus) (semasa) sejak 1992, iaitu keadaan di mana Hasil Kerajaan Negeri melebihi Perbelanjaan Mengurus. Hakikatnya jauh daripada apa yang diuar-uarkan, kerana apabila penyata kewangan ditutup pada akhir tahun, belanjawan sebenar bukanlah lebihan tetapi berdefisit (lihat rajah di bawah).

 

Jadual 1 : Maklumat Kewangan Negeri Pahang 2014 - 2017
Maklumat Kewangan Pahang 2014 Sebenar (RM Juta) 2015 Sebenar (RM Juta) 2016 Sebenar (RM Juta) 2017 Sebenar (RM Juta)
Hasil 534.7 773.3 615.1 535.8
Belanja Mengurus (650.7) (878.2) (629.3) (613.9)
Lebihan/(Defisit)hasil (116.0) (104.9) (14.2) (78.1)
Sumber : Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun 2014 Hingga 2017

 

Dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, keadaan sebenar untuk tahun 2017, 2016, 2015 dan 2014, ialah perbelanjaan mengurus melebihi hasil negeri, iaitu keadaan defisit. Keadaan defisit semasa secara berterusan ini mencerminkan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah. Setelah sekian tahun dalam keadaan defisit, pada 31 Disember 2017, kedudukan Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Pahang secara terkumpul adalah negatif RM228 Juta (lihat rajah di bawah).

 

Jadual  2 : Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Negeri Pahang
Bagi Tahun 2013 Hingga 2017
Butiran 2013 (RM Juta) 2014 (RM Juta) 2015 (RM Juta) 2016 (RM Juta) 2017 (RM Juta)
Akaun Hasil Disatukan 192.89 53.07 -75.65 -150.25 -228.37
Sumber : Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun 2013 Hingga 2017

 

Akibat pengurusan kewangan negeri yang lemah, Kerajaan Negeri Pahang tidak berkemampuan untuk memenuhi obligasi hutangnya kepada Kerajaan Persekutuan, yang merupakan jumlah terbesar di antara semua negeri di Malaysia. Hutang Kerajaan Negeri Pahang kepada Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2018 berjumlah RM3,178 Juta, dengan tunggakan sebanyak RM1,270 Juta.

Mampukah Kerajaan Negeri Pahang jalankan pembangunan yang mampan dengan hutang paling tinggi dalam Malaysia sebanyak RM3.2 Bilion pada akhir 2018, dan belanjawan berdefisit setiap tahun, dengan defisit terkumpul negatif RM228 Juta pada akhir 2017?


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

22 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility