Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Mengurangkan Beban Cukai Perkhidmatan Ke Atas Penyedia Perkhidmatan Tempatan dan Membantu Mewujudkan Suasana Daya Saing Yang Adil

Mengurangkan Beban Cukai Perkhidmatan Ke Atas Penyedia Perkhidmatan Tempatan dan Membantu Mewujudkan Suasana Daya Saing Yang Adil

Seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019, perkhidmatan bercukai yang diimport (business to business – B2B) dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% mulai 1 Januari 2019. Manakala perkhidmatan digital yang diimport (business to consumer – B2C) akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% mulai 1 Januari 2020 (Cukai Digital).

Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang diimport adalah bagi memastikan layanan yang adil kepada penyedia perkhidmatan tempatan dan mewujudkan “level playing field” kepada kedua-dua penyedia perkhidmatan tempatan dan asing yang menyediakan perkhidmatan bercukai kepada perniagaan dan pengguna di Malaysia.

Pada masa yang sama Kerajaan juga peka dengan isu kenaikan harga dan pengenaan cukai berganda (cascading effect) kepada pengguna. Sehubungan itu, Kerajaan telah menetapkan beberapa layanan untuk memastikan tidak ada masalah penyedia perkhidmatan dan pengguna tempatan dikenakan cukai berganda, seperti berikut:

  1. Kemudahan group relief turut dipanjangkan kepada pengimportan perkhidmatan bercukai yang layak daripada syarikat pemberi perkhidmatan tempatan, yang merupakan syarikat dari kumpulan yang sama yang berada di luar negara. Dengan kata lain, penyedia perkhidmatan tempatan tidak perlu dikenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport daripada syarikat penyedia luar negara yang berada dalam kumpulan yang sama;

  2. Pengecualian dari mengakaunkan dan membayar cukai perkhidmatan berdasarkan kaedah “self-recipient accounting” ke atas pengimportan perkhidmatan profesional dan perkhidmatan pengiklanan (B2B). Jenis perkhidmatan bercukai yang diimport tersebut adalah merupakan perkhidmatan yang sama disediakan oleh syarikat tersebut;

  3. Penyedia perkhidmatan tempatan yang telah membayar cukai perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan asing ke atas pengimportan perkhidmatan digital (B2C) boleh membuat tuntutan bayaran balik (refund) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan offsetberdasarkan amaun sebenar cukai perkhidmatan yang dibayar;

  4. Perkhidmatan pendidikan jarak jauh bagi pendidikan peringkat “preschool, primary and secondary education dan tertiary education including vocational and professional training” yang disediakan secara online sama ada oleh penyedia perkhidmatan tempatan atau asing tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan; dan

  5. Perkhidmatan online seperti e-newspaper dan bahan bacaan berkaitan educational, technical, scientific, historical or cultural journal or periodical tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

Perlu ditegaskan cukai digital hanya dikenakan atas perkhidmatan dan bukan barangan demi melindungi penyedia perkhidmatan tempatan dengan mewujudkan keadaan daya saing yang adil dengan penyedia perkhidmatan luar negara atau “level playing field”. Pihak JKDM akan mengadakan roadshow / sesi penerangan berkaitan pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital yang diimport kepada orang ramai dan juga industri tempatan. Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di portal mysst.customs.gov.my.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 Disember 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility