Sejajar dengan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 iaitu ‘Keterangkuman dan Kelestarian”, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 (1 st ASEAN+3 Task Force Meeting) telah bersetuju dengan cadangan Malaysia dalam menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (Priority Economic Deliverables; PEDs) bagi ASEAN 2025 seperti berikut:
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 ini telah dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan Republik Rakyat China (People’s Republic of China; PRC). Mesyuarat ini telah berlangsung pada 14 Januari 2025 hingga 15 Januari 2025 di PARKROYAL Langkawi Resort, Kedah.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 135 pegawai dan anggota delegasi daripada Kementerian-kementerian Kewangan dan Bank-bank Pusat negara anggota ASEAN+3 yang terdiri daripada ASEAN, PRC, Republik Korea dan Jepun. Sebagai Pengerusi Bersama Mesyuarat, Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar). Pengerusi Bersama Mesyuarat, PRC, telah diketuai oleh Zhang Minwen, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kewangan PRC.
Bank Negara Malaysia telah diketuai oleh Puan Ida Harniza Johar, Pengarah Jabatan Antarabangsa. Daripada Bank Pusat PRC, Chen Jing, Timbalan Ketua Pengarah mengepalai bank pusat tersebut di Mesyuarat.
Perihal utama lain yang telah dibincangkan dan dipersetujui adalah cadangan Pembiayaan Risiko Bencana (Disaster Risk Financing Initiative - DRFI) – pembentangan Pelan Hala Tuju DRFI 2026-2028 yang antara lain bertujuan untuk menangani kerentanan serantau terhadap bencana alam; cadangan menubuhkan platform baharu di peringkat Menteri Kewangan ASEAN+3 yang khusus untuk membincangkan dasar fiskal; serta cadangan membangunkan mekanisme Policy Adjustment Instrument (PAI) untuk membantu negara ahli meningkatkan kestabilan kedudukan kewangan negara-negara masing-masing.
Perkara-perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat ini akan diperhalusi dan dibincangkan lebih lanjut dalam Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 yang dijadualkan pada 5 hingga 6 Mac 2025 di Xiamen, RRC sebelum dibentangkan untuk persetujuan pada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN+3 yang akan dijadualkan pada bulan Mei 2025.
Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama ASEAN iaitu Komuniti Ekonomi (AEC), Komuniti Keselamatan Politik (APSC) dan tonggak Masyarakat Sosio-Budaya (ASCC).
Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini termasuklah Kerajaan Negeri Kedah dan LADA serta semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah yang terlibat.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
15 Januari 2025