Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

MOF Adakan Sesi Libat Urus Penyasaran Subsidi Diesel Bersama-Sama Para Petani Cameron Highlands

MOF Adakan Sesi Libat Urus Penyasaran Subsidi Diesel Bersama-Sama Para Petani Cameron Highlands

Kementerian Kewangan telah mengambil inisiatif untuk mendengar pandangan para petani di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Sesi libat urus antara YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan para petani ini akan dihadiri oleh:

  1. Pertubuhan Pekebun sayur-sayuran Cameron Highland;
  2. Persatuan Tuan empunya kenderaan sayur-sayuran Cameron Highland;
  3. Pertubuhan Pengusaha Pertanian Cameron Highlands;
  4. Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan Cameron Highlands;
  5. Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands; dan
  6. Persatuan Pekebun Kecil India Cameron Highlands.

YB Puan Lim berkata sesi dialog seperti ini amat penting untuk Kerajaan MADANI dapat berinteraksi secara bersemuka dengan rakyat bagi mencapai persefahaman yang membawa manfaat kepada semua pihak.

“Kerajaan cakna dengan setiap permasalahan dihadapi rakyat. Maka, sesi libat urus ini menunjukkan ketelusan Kerajaan bagi memahami serta mencari jalan untuk menangani kesulitan golongan petani. Kerajaan komited dalam memastikan sektor pertanian kita terus maju dan lestari demi generasi akan datang,” tambah beliau.

Matlamat utama Kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan susulan aktiviti penyeludupan dan penyelewangan serta mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.

Kerajaan berhasrat memastikan penggunaan diesel bersubsidi hanya kepada sektor yang wajar dibantu seperti sektor pengangkutan awam darat dan sektor logistik melibatkan pengangkutan barangan darat.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
14 Jun 2024

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility