Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

MOF Masih Meneliti Kaedah Penilaian Kenderaan

MOF Masih Meneliti Kaedah Penilaian Kenderaan

Merujuk kepada laporan berita berhubung jangkaan kenaikan harga kenderaan secara signifikan bermula tahun 2026 susulan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 - Peraturan Cukai Eksais (Penentuan Nilai Barangan yang Dihasilkan Secara Tempatan untuk Tujuan Mengenakan Cukai Eksais), Kementerian Kewangan (MOF) ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak tepat.

  1. MOF belum membuat sebarang keputusan muktamad; dan

  2. MOF dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
11 Februari 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility