Kementerian Kewangan (MOF) mengambil maklum laporan yang diterima berkenaan kesukaran penduduk DUN Nenggiri untuk mendapatkan akses mesin ATM dan perlu ke Gua Musang yang terletak sejauh 50 kilometer dari kawasan mereka.
Kementerian Kewangan telah selesai mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan dalam usaha menyediakan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di DUN Nenggiri, dan ia mendapat respon positif.
Pengaktifan perkhidmatan ATM ini akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan usaha ini akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas ini.
MOF juga akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ini dapat diperluaskan.
Orang ramai yang menghadapi kesukaran seumpama ini di kawasan mereka boleh menghubungi MOF melalui
Kementerian Kewangan
Putrajaya
10 Ogos 2024