Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Menangani Impak Ekonomi Akibat Kesan Wabak Coronavirus

Pakej Ransangan Ekonomi Untuk Menangani Impak Ekonomi Akibat Kesan Wabak Coronavirus

Kementerian Kewangan Malaysia amat prihatin dengan penularan wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) yang telah memberi kesan kepada ekonomi secara amnya, dan sektor pelancongan Malaysia secara khususnya.

Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan oleh Kabinet untuk merancang sebuah pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak ekonomi akibat kesan wabak coronavirus ini, yang akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), serta pihak industri dan syarikat-syarikat perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan input dalam perancangan pakej rangsangan ekonomi.

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
5 Februari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility