Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pelan Pemulihan Felda

Pelan Pemulihan Felda

Berikutan pertanyaan media yang diterima, Kementerian Kewangan (MOF) ingin menjelaskan perkara berikut:

  1. Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan FELDA, termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

  2. Sehubungan itu, Kerajaan telah meluluskan Jaminan Kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk FELDA menerbitkan sukuk.

  3. Bermula tahun 2023, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk FELDA yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
9 Julai 2023

 

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility