Kementerian Kewangan Malaysia dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran logo rasmi sempena Belanjawan 2021. Reka bentuk logo ini menggabungkan tiga elemen iaitu warna ungu sebagai warna utama, motif corak batik serta Jalur Gemilang, dan huruf serta angka yang berciri moden, profesional dan ringkas.
Rasional terperinci logo dilampirkan bersama dan panduan penggunaan boleh diperolehi di laman sesawang belanjawan2021.treasury.gov.my.
Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama yang bertujuan untuk melindungi, memulih dan menjamin:
dan bakal dibentangkan pada 6 November 2020 oleh YB Menteri Kewangan.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Oktober 2020