Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan melalui Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit telah berjaya melaksanakan pembaharuan perakuan pendaftaran agensi pelaporan kredit bagi tahun 2026/2027. Perakuan pendaftaran telah dikeluarkan di bawah seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] kepada agensi pelaporan kredit untuk tempoh satu (1) tahun dengan tempoh sah laku daripada 15 September 2026 hingga 14 September 2027.
Terdapat sepuluh (10) agensi pelaporan kredit yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan. Senarai semasa agensi pelaporan kredit yang berdaftar adalah seperti yang berikut:
Selain daripada agensi pelaporan kredit yang dinyatakan di atas, mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit tanpa mendaftar sebagai agensi pelaporan kredit dan dikeluarkan perakuan pendaftaran oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 11(2) Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana pihak yang ingin mengemukakan apa-apa aduan, pertanyaan, cadangan atau penghargaan berhubung pelaporan kredit, boleh berbuat demikian dengan melayari portal Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan di https://ppapk.treasury.gov.my.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
20 Oktober 2026
↓ Muat turun: Siaran Media - Agensi Pelaporan Kredit Berdaftar Di Malaysia 20102026