Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ingin memaklumkan ketetapan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 5 Januari 2026 berhubung dasar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.
Pertama, Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewaan atau pajakan ditambah baik bagi memanfaatkan industri mulai 1 Januari 2026 seperti berikut:
Kedua, Cukai Jualan ke atas bahan mentah atau input yang kritikal dan digunakan oleh pengilang berdaftar diberi pengecualian mulai 1 Januari 2026. Layanan ini bertujuan mengawal harga barangan keperluan asas kepada majoriti Rakyat. Pengecualian ini meliputi pengeluaran barangan penternakan dan pertanian seperti berikut:
Ketiga, Cukai Perkhidmatan bagi perjanjian pembinaan yang ditandatangani sebelum 1 Julai 2025 dan tidak mempunyai reviewable clause yang telah dikecualikan mulai 1 Julai 2025 sehingga 30 Jun 2026 diberi pelanjutan setahun sehingga 30 Jun 2027. Dengan ini, perjanjian perkhidmatan pembinaan yang telah ditandatangani sebelum peluasan SST dapat menikmati pengecualian ke atas Cukai Perkhidmatan selama 2 tahun.
Keempat, Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan ibadat seperti surau, masjid, kuil, gereja dan tokong yang bersifat keagamaan dan kerohanian diberi pengecualian mulai 1 Julai 2025. Maka pembinaan bangunan ibadat tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan ke atas pembinaan.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
5 Januari 2026
↓ Muat turun: Siaran-Media-Pemakluman-Dasar-Dikemaskini-Berhubung-Cukai-Jualan-Dan-Cukai-Perkhidmatan-SST