Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pembayaran Balik Hutang 1MDB

Pembayaran Balik Hutang 1MDB

RM5.1 BILION UNTUK TEMPOH TAHUN 2019 DAN 2020 AKAN DIBELANJAKAN UNTUK MELUNASKAN HUTANG 1MDB DAN SRC TETAPI KERAJAAN PERSEKUTUAN MAMPU MEMBAYARNYA SAMBIL MENUNAIKAN AMANAH MENJALANKAN PEMBANGUNAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT

Pada 18 Oktober 2019, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membuat pembayaran faedah sebanyak USD50,312,500 bagi pelunasan bayaran faedah bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd (1MELL). Bon ini yang bernilai USD1.75 bilion, diterbit pada 19 Oktober 2012 dan akan matang pada 18 Oktober 2022. Bayaran tersebut telah dibuat dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang telah berjaya dikembalikan sebanyak kira-kira RM1.45 bilion setakat ini.

Kerajaan ini tetap komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran kleptokrasi terdahulu. Sejumlah RM2.7 bilion telah disediakan untuk 2020 bagi melunaskan bayaran khidmat hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC), dan sebanyak RM2.4 bilion bagi tahun 2019. Untuk baki pada tahun ini, terdapat dua lagi bayaran yang perlu dibuat oleh 1MDB iaitu:

  1. bayaran faedah bon 1MDB Energy Ltd (1MEL) sebanyak USD52.4 juta (kira-kira RM219.2 juta) yang akan dibayar pada 11 November 2019; dan;

  2. bayaran faedah sukuk Islamic Medium Term Note (IMTN) sebanyak RM143.75 juta yang akan dibayar pada 29 November 2019.

Hutang dan liabiliti 1MDB (termasuk faedah) pada masa ini adalah sebanyak RM51 bilion. Ini termasuk RM8.93 bilion yang telah dibayar oleh Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Hutang 1MDB Prinsipal RM 'juta Faedah RM 'juta Jumlah RM 'juta
Terbitan Bon USD 6.5 bilion @ USD 1:RM4.10 26,650 4,421 31,071
Terbitan Sukuk RM5.0 bilion 5,000 5,750 10,750
Jumlah yang telah dibayar oleh MOF 8,928 - 8,928
Jumlah Keseluruhan  40,578  10,171  50,749

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar apabila menyatakan adalah suatu keajaiban Malaysia tidak jatuh bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi. Bahkan seperti yang beliau katakan, kerosakan tersebut bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga keinstitusian.

Dr Mahathir berkata bahawa salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara kerana ia perlukan banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah, “Apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”. Kesan daripada kejadian-kejadian tersebut, sebanyak RM5.1 bilion akan digunakan untuk melunaskan hutang 1MDB dan SRC untuk dua tahun ini sahaja pada 2019 dan 2020, wang “rompakan” yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat. Sungguhpun menanggung beban hutang yang berat ini, Kerajaan Persekutuan masih mampu menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sungguhpun menanggung beban hutang yang berat ini, Kerajaan Persekutuan masih mampu menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat.


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

22 Oktober 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility