Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pembayaran dibuat untuk Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pembayaran dibuat untuk Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Mulai hari ini, Isnin 20 Januari 2020 hingga ke Rabu 22 Januari 2020, pembayaran fasa pertama BSH 2020 dikreditkan ke dalam akaun bank penerima BSH yang berdaftar.Untuk fasa pertama BSH 2020, bayaran dibuat sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah di dalam pangkalan data BSH 2019 seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,000 RM2,001–RM3,000 RM3,001–RM4,000
Pembayaran Fasa Pertama BSH2020 RM300

Pembayaran ini memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima BSH dan melibatkan penyaluran lebih daripada RM1 bilion.

Bagi memastikan program BSH 2020 diterima oleh semua yang layak,tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Penerima BSH yang menerima bayaran fasa pertama BSH 2020 tidak perlu membuat permohonan kecuali terdapat perubahan maklumat untuk dikemaskini. Proses permohonan dan pengemaskinian ini ditumpukan kepada mereka yang layak berdasarkan syarat BSH 2020 tetapi tidak diluluskan untuk BSH 2019. Ini termasuk kategori baharu BSH 2020, seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Januari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility