Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Dan Tarikh Permohonan Rayuan

Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Dan Tarikh Permohonan Rayuan

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun). Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut:

a) Baki BSH 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1:

Pendapatan
Bawah RM2,000
Isi Rumah (RM2,001 - RM3,000)
Isi Rumah (RM3,001 - RM4,000)
FASA 3
Isi Rumah
RM600
Bujang
RM400
RM350
RM100

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

b) Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) seperti berikut:

Bil. Anak
1
2
3
4
BSH 2020
RM120
RM240
RM360
RM480

Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020.

Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada Fasa Pertama (Januari 2020), RM200 pada Fasa Kedua (Mac 2020) dan RM1,080 pada Fasa Ketiga (Julai 2020). Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar- benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM. Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Julai 2020


 

Nota:

Data bayaran BSH
Jumlah bayaran
Jumlah penerima
Bulan pembayaran (Tahun 2020)
Fasa 1
RM1.1 bilion
3.8 juta
Januari
Fasa 2
RM0.76 bilion
3.8 juta
Mac
Fasa 3
RM3.0 bilion
4.28 juta
Julai

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility