Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menerbitkan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2024 (Mid-Year Review 2024) pada 27 September 2024. Laporan berkenaan boleh diakses melalui laman web MOF di alamat: https://www.mof.gov.my/portal/images/bisnes/LAPORAN-PRESTASI-PERBELANJAAN-PERTENGAHAN-TAHUN-2024.pdf
MOF juga telah membentangkan Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, Parlimen Kelima Belas Bilangan 10 Tahun 2024 pada 3 Oktober 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 2, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar).

Laporan ini telah dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan pegawai-pegawai dari MOF. Antara perkara yang dibentangkan oleh MOF adalah mengenai prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi separuh tahun pertama 2024, prestasi pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2024 serta prestasi hasil dan hutang Kerajaan Persekutuan.
Turut dibentangkan adalah Kenyataan Prabelanjawan 2025 yang menerangkan intipati dan mesej utama Kerajaan Persekutuan di dalam merangka Belanjawan 2025.