Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pembukaan Semula Pengoperasian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Mulai 15 Jun 2020

Pembukaan Semula Pengoperasian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Mulai 15 Jun 2020

YAB Perdana Menteri semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020 antara lain telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju membuka semula dan menyeragamkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara. Ini selaras dengan Teras Ketiga PENJANA iaitu Merangsang Ekonomi melalui Pelanjutan Waktu Perkhidmatan Dalam Norma Baharu. Sehubungan itu, UTC akan beroperasi semula mulai 15 Jun 2020, (Isnin) seperti waktu berikut:

Hari/Kawasan
Waktu Operasi*
Rehat/Solat Jumaat**
Hari Bekerja
Hujung Minggu
Semenanjung
8.00 pagi-9.00 malam
8.00 pagi-5.00 petang
12.15 t/hari – 2.45 petang
Sarawak
8.00 pagi-9.00 malam
8.00 pagi-5.00 petang
11.45 pagi – 2.15 petang
Sabah dan WP Labuan
8.00 pagi-9.00 malam
8.00 pagi-5.00 petang
11.30 pagi – 2.00 petang
* UTC beroperasi selama 7 hari kecuali pada cuti umum Persekutuan/ Negeri.
** Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat.

 


 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
11 Jun 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility