Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) dipermudahkan

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) dipermudahkan

Seperti yang diumumkan dalam Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertarikh 2 Februari 2019, tempoh pendaftaran/pengemaskinian BSH tahun 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Sehingga 20 Februari 2019, lebih daripada 900,000 permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah diterima merangkumi 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini. Sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2019, BSH dijangka akan memanfaatkan lebih daripada 4 juta isi rumah dan melibatkan peruntukan RM5 Bilion.

Demi memastikan Program BSH 2019 berjalan dengan lancar, MOF telah memudahkan lagi proses pendaftaran BSH 2019 seperti berikut:

  1. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
  2. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib; dan
  3. Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses. 

Walau bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.

Pihak Kementerian Kewangan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika terdapat kesulitan dalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

20 Februari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility