Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Berstatus Miskin Tegar Bakal Terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mulai 17 Julai 2023

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Berstatus Miskin Tegar Bakal Terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mulai 17 Julai 2023

Lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai Isnin, 17 Julai 2023 berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

“Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup. Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti jadual berikut:



Tarikh Pelaksanaan  Negeri Terlibat Kaedah Pelaksanaan SARA
17 Julai 2023  Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
31 Julai 2023   Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
7 Ogos 2023 Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

 

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
16 Julai 2023

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility