Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019)

Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019)
  1. Prinsip pemberian elaun yang ditetapkan semenjak pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 dan diteruskan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah prinsip tidak sejagat, tidak kekal, tidak biasa dan Prinsip tidak kekal (non-permanent) menentukan bahawa elaun diberi secara sementara, boleh ditarik balik, diberhentikan bayarannya atau dimansuhkan sekiranya sesuatu elaun itu tidak lagi relevan atau tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut. Prinsip ini juga menentukan elaun boleh diberi mengikut suatu tempoh tertentu. Sehubungan itu, kesemua elaun dalam perkhidmatan awam adalah tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik termasuklah BIPK.

  2. Pemberian elaun adalah berasaskan kriteria berikut:

    1. kos sara hidup;
    2. tanggungjawab tambahan;
    3. bayaran balik perbelanjaan;
    4. risiko kerja;
    5. kesusahan (hardship);
    6. kepakaran;
    7. kemahiran atau kompetensi tambahan;
    8. keanehan atau kejelikan tugas;
    9. kepentingan pengekalan sesuatu perkhidmatan; dan

  3. BIPK mula diperkenalkan semasa pelaksanaan SSB pada tahun 1992:

    1. bertujuan menarik dan menggalakkan penyertaan calon ke dalam skim- skim perkhidmatan tertentu di mana pada ketika itu Kerajaan menghadapi masalah kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu;
    2. tahap kritikal sesuatu perkhidmatan itu akan berubah mengikut keadaan dan keperluan Ini bermakna bahawa sesuatu perkhidmatan kritikal itu boleh berubah menjadi kurang kritikal dan juga sebaliknya; dan
    3. Dalam konteks ini, aspek kritikal bukan merujuk kepada tugas yang dilaksanakan dalam skim perkhidmatan Tetapi, ia berasaskan kepada kenyataan seperti yang dinyatakan di para 3 (a) dan 3 (b).

  4. Setelah BIPK dilaksanakan selama 27 tahun, kajian BIPK telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada tahun 1997, tahun 2001 dan yang terakhir ialah pada tahun Selepas semakan kali terakhir pada 2007 tersebut, kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 dan didapati kesemua 33 skim perkhidmatan (Lampiran A) yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri- ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan adalah melebihi jumlah keperluan semasa jawatan berkenaan.
SKIM PERKHIDMATAN KEPERLUAN JAWATAN PERMOHONAN LEBIHAN
Arkitek 99 4,678 (4,579)
Pegawai Laut 11 5,823 (5,812)
Jururawat 222 10,884 (10,662)
Jurutera 852 169,435 (168,583)
Juruterbang 4 5,923 (5,919)
Juruukur Bahan 89 20,022 (19,933)
Peg Penyelidik 218 224,902 (224,684)
Peg Perubatan 15,268 24,756 (9,488)
Peg Undang Undang 94 94 0*
Pemb Peg Latihan Vokasional 291 167,237 (166,946)
Pemeriksa Kapal Terbang 12 13,599 (13,587)
Pemeriksa Kilang Jentera 173 32,764 (32,591)
Peg Pergigian 2,185 3,921 (1,736)
Peg Farmasi 3,068 15,209 (12,141)
Pen Pemeriksa Kilang Jentera 38 27,381 (27,343)
Pengajar (Pen Peg Perubatan) 134 11,131 (10,997)
Peg Kawalan Trafik Udara 189 10,757 (10,568)
Pen Peg Kawalan Trafik Udara 101 20,047 (19,946)
Pen Peg Perubatan 4,684 4,805 (121)
Penerbit Rancangan 29 26,333 (26,304)
* Lantikan Kontrak mengikut kekosongan jawatan
  1. Dalam hal ini, kajian telah dilaksanakan dan pemansuhan BIPK telah diputuskan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 dan telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jemaah Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, unjuran semasa tanggungan kewangan kerajaan bagi tahun 2018 ialah RM899.32 juta dan tanggungan ini akan terus meningkat kepada RM1.24 bilion pada tahun 2022. Pemberian BIPK adalah berasaskan kepada peratusan gaji semasa yang diterima oleh pegawai (kecuali bagi yang menerima kadar tetap RM750).
Tahun Tanggungan BIPK (RM) Jumlah Kenaikan (RM) Peratus Kenaikan (%)
2017 836.89 juta    
2018 899.32 juta 62.43 juta 7.5
2019 969.52 juta 70.20 juta 7.8
2020 1.05 bilion 79.08 juta >8.1
2021 1.14 bilion 89.16 juta 8.5
2022 1.24 bilion 100.64 juta 8.8

Nota:

  • Berdasarkan unjuran (forecasting) data asal terperinci sehingga 31 Disember 2017, tanggungan Kerajaan ke atas BIPK adalah sebanyak 89 juta melibatkan 135,902 penyandang. 
  • Kadar tetap adalah berdasarkan kedudukan pengisian jawatan pada tahun 2017 (tidak mengambil kira pengisian baharu, pegawai meninggal dunia dan pegawai meninggalkan perkhidmatan).
  1. Berdasarkan kepada asas pertimbangan di atas, pemberian BIPK sewajarnya dimansuhkan secara menyeluruh kepada kesemua penyandang dalam 33 skim perkhidmatan yang Walau bagaimanapun, Kerajaan memutuskan bahawa pembayaran BIPK masih dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia ada. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menanggung kos pembayaran BIPK kepada penyandang sedia ada sehingga pegawai meninggalkan perkhidmatan.

  2. Pelaksanaan pemansuhan ini hanya melibatkan pelantikan baharu sahaja yang dilantik mulai 1 Januari 2020.

  3. Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, sekiranya tarikh tamat kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu pegawai adalah secara terus- menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya, maka pegawai masih layak untuk terus menerima BIPK dalam perkhidmatan.

  4. Walaupun BIPK telah dimansuhkan, elaun-elaun sedia ada yang diberi berasaskan kepada faktor risiko kerja, kesusahan, kepakaran dan kemahiran masih terus dinikmati oleh pegawai sedia ada dan pegawai lantikan baharu mengikut tugas yang Sebagai contoh, Pegawai Perubatan Gred UD41 (Houseman) menikmati Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah sebanyak RM600 sebulan mengambil kira kesukaran tugas dan tempoh bertugas yang panjang. Selain itu, Elaun Tugas Atas Panggilan (On-Call) Bagi Pegawai Perubatan diberikan sekiranya pegawai menjalankan tugas atas panggilan di luar waktu pejabat. Manakala bagi pegawai yang diwartakan sebagai Pakar Perubatan dan Pergigian turut menerima Bayaran Insentif Pakar di antara RM1,600 hingga RM3,100 sebulan. Senarai elaun yang dinyatakan di atas adalah seperti di Lampiran B.

  5. Selain Klasifikasi Perubatan dan Kesihatan, Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang turut diberikan Bayaran Insentif Juruterbang di antara RM4,500 hingga RM8,000

  6. Sebanyak 27 elaun telah dimansuhkan semasa pelaksanaan SSB dan 9 elaun melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 kerana tidak menepati prinsip dan kriteria Dalam hal ini, urusan pemansuhan elaun bukanlah sesuatu perkara baharu dan kajian pengukuhan pemberian elaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

  7. Kerajaan sentiasa akan menimbangkan permohonan serta membuat kajian semakan elaun keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan prinsip-prinsip Dalam melaksanakan kajian elaun, pertimbangan dan perhatian secara berhati-hati perlu diberikan kerana ianya memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam

26 Disember 2019


LAMPIRAN A

SENARAI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENERIMA BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK)

BIL. SKIM PERKHIDMATAN
1. Pegawai Laut (A)
2. Penolong Pegawai Laut (A)x
3. Pegawai Kawalan Trafik Udara (A)
4. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara (A)
5. Pemeriksa Kapal Terbang (A)
6. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang (A)
7. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang (A)
8. Penerbit Rancangan (B)
9. Pensyarah Perubatan (D)
10. Pensyarah Pergigian (D)
11. Pensyarah Farmasi (D)
12. Pensyarah UiTM (D) (Kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina)
13. Pensyarah Universiti (D)(Kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina)
14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (D) (kejuruteraan dan ketukangan*)
15. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (D) (Kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina)
16. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional (D)
17. Pegawai Ehwal Ekonomi (E) - (MIDA dan MATRADE)
18. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan) (G)<
19. Pegawai Perikanan (Kejuruteraan) (G)
20. Arkitek (J)
21. Jurutera (J)
22. Juruukur Bahan (J)
23. Pemeriksa Kilang dan Jentera (J)
24. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (J)
25. Penjaga Jentera Elektrik (J)
26. Pegawai Undang-undang (L)
27. Pegawai Penyelidik (Q)
28. Pegawai Perubatan (U)
29. Pegawai Pergigian (U)
30. Pegawai Farmasi (U)
31. Jururawat (U)
32. Penolong Pegawai Perubatan (U)
33. Pengajar (U) (Kejururawatan dan Penolong Pegawai Perubatan)
  Tukang K1* (secara Khas Untuk Penyandang)
  Tukang K2* (secara Khas Untuk Penyandang)

 

LAMPIRAN B

BIL. NAMA ELAUN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN (U)
1. Bayaran Insentif Kesihatan Awam Pegawai Pergigian
2. Elaun Bertugas Pegawai Perubatan Selepas Waktu Pejabat Di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan Hospital
3. Bayaran Insentif Merawat Pesakit Psikiatri, Tibi dan Kusta
4. Bayaran Insentif Pakar
5. Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Daerah Bukan Pakar
6. Elaun Pembedahan Elektif
7. Bayaran Insentif Penempatan Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian Di Fasiliti Kesihatan Di Sabah, Sarawak dan Labuan
8. Elaun Pentadbiran Hospital
9. Bayaran Insentif  Perkhidmatan Kesihatan Udara
10. Elaun Tugas Atas Panggilan Bagi Pegawai Perubatan
11. Elaun Kepada Pegawai Perubatan Yang Dilantik Sebagai Pendaftar
12. Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah
13. Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN (A)
1. Bayaran Insentif Juruterbang
2. Bayaran Insentif Pegawai Kawalan Trafik Udara
3. Bayaran Insentif Pemeriksa Kapal Terbang
4. Elaun Rating Pegawai Kawalan Trafik Udara
5. Elaun Rating Pemeriksa Kapal Terbang

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility