Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pengurusan Fleet Kenderaan Kerajaan Malaysia Dijalankan Secara Tender Terbuka Yang Diputuskan Oleh Lembaga Perolehan Yang Dianggotai Pegawai Kanan Kerajaan

Pengurusan Fleet Kenderaan Kerajaan Malaysia Dijalankan Secara Tender Terbuka Yang Diputuskan Oleh Lembaga Perolehan Yang Dianggotai Pegawai Kanan Kerajaan

Sejak 30 Oktober 1993, konsesi Fleet Kenderaan Kerajaan Malaysia telah diuruskan oleh SPANCO Sdn. Bhd. (SPANCO) melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan. Perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2018.

Bagi menguruskan fleet kenderaan Kerajaan pada masa hadapan, Kerajaan telah memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara Request For Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka. Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan. Sebanyak 8 buah syarikat telah mengemukakan RFP dan penilaiannya telah melalui beberapa peringkat, termasuklah penilaian teknikal dan penilaian komersil.

Jawatankuasa penilaian tender yang dianggotai oleh penjawat awam kanan dari pelbagai agensi terlibat sebagai penilai termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR), Unit Perancang Ekonomi (kini dikenali sebagai Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi) dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) serta Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama, seterusnya telah memilih pembida yang layak untuk dipertimbangkan sebagai syarikat konsesi yang baharu.

Susulan itu, keputusan jawatankuasa penilaian tender tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri. Proses rundingan sedang dilaksanakan bersama pembida berkenaan untuk memuktamadkan konsesi bagi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada kereta PROTON bagi kegunaan Menteri dan Timbalan Menteri dan bukan Toyota Vellfire seperti yang telah digembar-gemburkan.


Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir
Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
1 Februari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility