Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Penjelasan Berhubung Pengecualian Cukai Perkhidmatan 8% Bagi Penyewaan Kapal Dan Pesawat Udara

Penjelasan Berhubung Pengecualian Cukai Perkhidmatan 8% Bagi Penyewaan Kapal Dan Pesawat Udara

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa pengecualian Cukai Perkhidmatan ke atas penyewaan kapal dan pesawat udara tidak dibuat secara senyap-senyap. Pemakluman rasmi telah dibuat melalui Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 2/2025 (Pindaan No. 1) yang dimuat naik di portal MySST Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 24 Julai 2025.

Pengecualian ini diberikan kerana dua sebab utama:

  • Elak pendaftaran di luar negara – Pengenaan cukai boleh mendorong pemilik kapal/pesawat tempatan untuk berdaftar di luar negara, sekali gus mengurangkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di Malaysia.

  • Kekalkan daya saing industri tempatan – Negara jiran tidak mengenakan cukai yang sama. Tanpa pengecualian, pelanggan mungkin beralih kepada perkapalan atau penerbangan luar negara.

Pengecualian ini khusus untuk industri penerbangan dan maritim, yang mempunyai peranan penting dalam rantaian bekalan, pelancongan, dan ekonomi negara. Ia tidak terpakai kepada sewaan kenderaan seperti kereta, bas, atau premis perniagaan yang berbeza sifat penggunaannya.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
16 Ogos 2025

↓ Muat turun: Siaran-Media-Penjelasan-Pengecualian-CP-ke-atas-Sewaan-Kapal-dan-Pesawat

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility