Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Penjelasan Kesilapan Maklumat Mengenai Inisiatif PRIHATIN dan PENJANA

Penjelasan Kesilapan Maklumat Mengenai Inisiatif PRIHATIN dan PENJANA

Pihak Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mengambil tanggungjawab atas kesilapan maklumat mengenai inisiatif PRIHATIN dan PENJANA dalam perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 20 Julai 2020. Maklumat tersebut disediakan oleh pihak LAKSANA.

Dengan rendah diri pihak kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan dan akan memastikan segala maklumat yang dipanjangkan ke Pejabat Perdana Menteri pada masa akan datang disemak dengan rapi supaya tiada kesilapan berlaku.

 


 

Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA)
Kementerian Kewangan
Putrajaya
21 Julai 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility