Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Penyaluran Peruntukan Berjumlah RM100 Juta Untuk Menyelenggara Dan Menaik Taraf Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat Dan Sekolah Pondok

Penyaluran Peruntukan Berjumlah RM100 Juta Untuk Menyelenggara Dan Menaik Taraf Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat Dan Sekolah Pondok

Semasa majlis yang diadakan di Kementerian Kewangan pada hari ini, YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia telah menyerahkan kepada YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tahun 2020 bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf dengan pecahan seperti berikut:

  1. Sekolah tahfiz sebanyak RM50 juta;
  2. Sekolah agama rakyat dan persendirian sebanyak RM25 juta; dan
  3. Sekolah pondok yang berdaftar sebanyak RM25 juta.

Peruntukan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding dengan peruntukan oleh Kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018, yang tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Peruntukan RM100 juta ini memaparkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan para pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa di sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan persendirian serta sekolah pondok yang berdaftar.

Penyerahan peruntukan ini adalah susulan daripada pengumuman ketika pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019. Penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah ini secara sekaligus pada awal tahun dan bukan secara berperingkat adalah selaras dengan pendekatan Kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan dan menambahbaik sistem penyampaian awam bagi tahun 2020. Peruntukan RM100 juta tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah RM735 juta untuk penyelenggaraan semua jenis sekolah bagi tahun 2020, yang merupakan peningkatan ketara berbanding dengan jumlah RM652 juta bagi tahun 2019.

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan
Putrajaya
15 Januari 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility