Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Penyaluran Peruntukan RM25 Juta Secara Sekaligus Kepada Sekolah Pondok Berdaftar Pada Awal Tahun Dan Bukan Secara Berperingkat

Penyaluran Peruntukan RM25 Juta Secara Sekaligus Kepada Sekolah Pondok Berdaftar Pada Awal Tahun Dan Bukan Secara Berperingkat

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menyerahkan kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama), peruntukan sebanyak RM25 Juta untuk digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah pondok yang berdaftar.

Penyerahan peruntukan tersebut adalah susulan daripada pengumuman semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018 lalu. Peruntukan untuk menyelenggara sekolah pondok tidak disediakan dalam Bajet 2018 tetapi telah ditambah kategorinya untuk Belanjawan 2019.

Peruntukan ini salah satu langkah Kerajaan Persekutuan memelihara kebajikan pelajar- pelajar dan memastikan sekolah-sekolah dapat menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, sihat dan berkualiti. Justeru, peruntukan ini akan diagihkan kepada sekolah-sekolah pondok berdaftar yang bebas dari kawalan dan pengaruh parti-parti politik.

Penyaluran peruntukan RM25 Juta dengan sekaligus kepada sekolah-sekolah ini pada awal tahun dan bukan secara berperingkat membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan menyediakan suasana pembelajaran yang baik untuk semua pelajar.

Hanya apabila pendidikan diasingkan daripada politik kepartian dan ahli politik barulah sistem pendidikan yang berteraskan ilmu dan kecemerlangan dapat dicapai.

Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
8 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility