Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Perakaunan Hasil Cukai Pelancongan Untuk Tahun 2018 Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi Dan Atas Ihsan Kerajaan Persekutuan, Agihan 50% Hasil Cukai Pelancongan Akan Dibuat Untuk Semua Kerajaan Negeri Dalam Suku Pertama Tahun 2019

Kebelakangan ini pemimpin-pemimpin utama kerajaan Negeri Sarawak telah membuat beberapa tuduhan tidak berasas terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak.

Yang terbaru ialah dakwaan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negeri Sarawak pada 3 Januari 2019 bahawa Kerajaan Negeri Sarawak masih belum menerima agihan cukai pelancongan sebanyak RM2.7 Juta daripada Kerajaan Persekutuan walaupun negeri lain seperti Sabah telah menerimanya. Datuk Abdul Karim juga telah menyatakan bahawa agihan tersebut merupakan hak Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan harus membayarnya.

Tohmahan YB Datuk Abdul Karim tidak benar. Seorang Menteri Sarawak yang bertanggungjawab dan profesional tidak harus bergantung kepada fitnah semata-mata mencari ruang mengecam Kerajaan Persekutuan. Kementerian Kewangan ingin menegaskan tidak ada negeri lain seperti Sabah yang menerima agihan pelancongan sepertimana yang difitnahkan oleh Datuk Abdul Karim.

Pertamanya, Kerajaan Persekutuan tidak memihak kepada mana-mana negeri dengan mengagihkan cukai pelancongan kepada negeri tertentu tetapi pada masa yang sama, tidak memberinya kepada Negeri Sarawak. Setakat ini, TIADA agihan cukai pelancongan pernah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Kedua, cukai pelancongan dari segi undang-undang merupakan hasil Kerajaan Persekutuan dan tidak tertimbul hak untuk mana-mana negeri untuk menerimanya.

Namun, walaupun Kerajaan Persekutuan terdahulu tidak berusaha untuk berkongsi dan mengagihkan hasil cukai pelancongan dengan negeri, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019 perkongsian 50% hasil kutipan cukai pelancongan yang diterima di negeri berkenaan bermula tahun 2019. Ini mencerminkan sikap baharu Kerajaan Persekutuan yang menghormati negeri-negeri.

Adalah wajar Kerajaan Negeri Sarawak tidak membuat fitnah mengenai agihan RM2.7 Juta cukai pelancongan memandangkan, setakat 30 November 2018, Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 Bilion kepada Kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 Juta. Memandangkan Negeri Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar, mengapa pula tidak langsaikan hutang kepada Kerajaan Persekutuan?

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Januari 2019

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility