Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sangat mementingkan kebajikan pelajar- pelajar dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam memudah cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik.
Sehubungan itu, proses perolehan buku-buku teks DLP PT3 telah menerima perhatian yang sepatutnya, dan MOF telah memberikan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku-buku teks tersebut secara rundingan terus pada 18 September 2018 supaya keperluan pelajar-pelajar dapat dipenuhi secepat mungkin.
MOF sentiasa mempertimbangkan permohonan dari mana-mana Kementerian/Agensi yang mempunyai keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus bagi memenuhi sesuatu keperluan yang kritikal dan mendesak, terutama sekali untuk perkara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
13 Januari 2019